Observation

Assalamualaikum w.b.t.

 Hai semua.

Saya baru ja buka blog hari ni selepas beberapa hari.

Ok. by the way, topik hari ni berkenaan PEMERHATIAN and in english we call it OBSERVATION. Perasan tak dalam kehidupan kita seharian kita banyak melakukan permerhatian ke atas sebarang perkara terutama sekali yang paling dekat dengan diri kita seperti, tempat tidur, dapur, tandas, ruang rumah dan sebagainya. Namun... Namun.....

Adakalanya kita kurang menitik beratkan tentang keperluan kita dalam menajalankan tanggungjawab kita ke atas insan-insan yang memerlukan di sekeliling kita. Sebagai contoh, housemate yang sedang sibuk dengan assignment yang perlu dihantar esok pagi. Dan dalam masa yang sama kita sedang menonton movie tanpa menggunakan earphone berserta LOUD SPEAKER.

 Kesian..... kan? Jadi apa yang perlu dilakukan ialah, tolong wujudkan sedikit sikap timbang rasa dalam diri kita. Adakalanya kita juga perluka privacy sepertimana orang lain di sekeliling kita. Jadikan kehadiran diri kita itu disenangi dan ketiadaan kita dirindui. Bukan sebaliknya.

 That's all for today. have a great time everyone. Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Night Story.. (Eating Habits)

Rawatan pesakit di rumah