Pages

Sunday, 12 March 2017

Review on skin care routine

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni aku terasa nak buat sedikit review dan komen mengenai produk yang aku gunakan.

 Ok.  No 1, scrub by St.  Ives.  Scrub ni aku baru ja beli.  Rasanya baru 2 minggu pakai. Harganya RM16.90 delepas discount.  Beli kat Guardian. Alhamdulillah.  Membantu dalam menyelenggara kulit muka yang tak pernah di scrub selama ni.  Texture sgt lembut dan wangi.  Butir2 halus ni kena tahan sikit la bila di sapu ke muka.  Sebab kulit muka kita kan halus gitu.  Gosok perlahan-lahan ke muka.  Lepas dah bilas,  mmg rasa segar dan lembut.  Pakai 3 hari sekali.

 No 2. Losen ni macam biasa pakai kat tangan ja time ngada-ngada nak pakai.  Best sebab wangi.  Texture ringan.  Cepat serap ke kulit.  Nak kulut selembut bayi kannnnn

No 3. Sabun ni nama dia PAPAYA BY RDL. Mudah dapat di kedai-kedai jamu dan mydin. Harga murah ja.  Tahan berbulan-bulan la jugak.  Aku dah pakai sabun ni sejak umur 12 tahun.  Sampai dh nak dekat 30 an.  Alhamdulillah tiada masalah kulit.  Mungkin dan terlalu lama pakai.  Dah jadi sebati dengan kulit muka barangkali.


So itu shaja produk yang aku pakai selama ni.  Bedak pon pakai baby powder ja.  Warna puteh.  Itu sahaja.  Bagi mereka yang selalu bertanya rahsia aku.,  ni aku dah bongkarkan.  Tips paling berharga : SELALULAH BERWUDUK.  Air wuduk 5x sehari mampu mengekalkan kelembapan kulit kita.


SELAMAT MENCUBA.

Friday, 10 March 2017

Komen make-up

Bismillahirrahmaanirrahim...

Entry kali ni pendek sahaja.  Sebab bateri fon dah nak habis.

Hari ni aku tengok review tentang produk kecantikan dari drug store. Ada bermacam-macam jenis produk.  Kesesuaiannya barangkalu berbeza bagi setiap pengguna.  Terutamanya make-up for ladiess.

Honestly,  aku memang yang tak pakai make-up.  Event though umur aku dah tak semuda dan sekanak-kanak dulu.  Aku tak pandai pakai make-up la senang ceqita.  Alhamdulillah kulit aku normal dan tidak bermasalah.  Jadi aku tak cerewet sangat tentang make - up.

Cuma ada la pakai pencuci muka.  Itu pon sebab nak tanggalkan minyak di muka ni.  Kalau tak nanti boleh kumpul buat goreng ikan.

Wednesday, 8 March 2017

Assalamualaikum...

Selama ni aku hanya pakai pencuci muka sahaja (papaya by RDL) untuk penjagaan kulit muka.  Murah ja. Seketul harga RM6.00. Tahan nakbdekat setengah tahun 😄😄😄

Baru-baru ni ja terasa nak cuba produk yang ada di pasaran.  Itu pon scrub.  Sbb selama ni tak pernah pulak terasa nak scrub muka.

Jadi,  semalam masa nak ke Giant,  aku singgah di Guradian.  Macam biasa,  aku akan pusing tengok produk-produk penjagaan kulit wajah.  St.  Ives Apricot Scrub cuba menarik perhatian..


Dah tengok review pengguna di google dan youtube. So aku pon beli.  Now,  baru nak cuba.  So kita tgoklah apa kesannya nanti.


Monday, 26 December 2016

Power Ranger

Power ranger sekarang more up to date..
suka pulak rsanya kembali ke zaman kanak-kanak  =)

Thursday, 22 December 2016



Ladies and a guy at the back .

Thanks a lot senyor and senyoritas... 

Sherlock Holmes for the first time

Assalamualaikum readers.

Last week, when I ask for Sherlock Holmes series from one of my housemates, I thought it was just common series.  Mmmmm very interesting according to the plot, the script, the editing, the scenery, the actors of course.  

It just so amazing when Mr Holmes speak out all the points at the moment he saw the dead body, even the live one. The question is, how far this kind of man or people getting live in this world? Ya... to have so much experience and to be an expertise in that field. Isn't it incredible so far? 

It is just my opinion. 

Spider webs everywhere. In this blog  =)  

See you next time..
 
Wassalam.=)

Monday, 3 March 2014

Hari Bahagia Tanggal 12/11/2013 Konvokesyen UiTM Shah Alam

Sudah lama tak menulis di blog ni... Rasanya sudah makin berhabuk dan sudah dipenuhi sarang labah-labah di sini. Mana tidaknya, sepanjang masa asyik sibuk dengan perkara yang lain.

Hari Bahgia buat saya dan teman-teman seperjuangan setelah penat berhempas pulas selama 3 tahun di UiTM tercinta akhirnya telah membuahkan hasil.. Masing-masing tersenyum riang, berpuas hati sambil menggenggam segulung ijazah. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN TEKNOLOGI PENGURUSAN PERLADANGAN.

Terlalu bahagia sehingga segalanya tidak dapat dibayangkan dan diluahkan dengan kata2...


me and Ainsuhaiza


Classmateku and others from branch




Happy giler la diorang ni... hihihihihi
Miss u all damn much.


Tidak dilupakan buat keluarga tercinta yang datang jauh dari negeri kelahiran tempat tumpahnya darahku, negeri Kedah Darul Aman.... Sebak dada apabila mendapat tahu mereka sudah sampai di depan pintu rumah pada hari kejadian...

Kegembiraan terpancar di wajah mereka mengiringi kejayaanku..

Kedua ibu dan bapaku... Terima kasih mak abah.. tanpa kamu berdua, pastinya anakmu tidak ada di sini..



Bertukar- tukar jubah konvokesyen ... pakat2 merasa... Alhamdulillah... 



Buat Ashraf, Moga hajatmu dan cita-citamu menjadi seorang doktor Allah kabulkan...












Begitu berertinya mereka semua buat diriku... Walaupun jauh, tetap mereka gagahi untuk hadir di hari bahagia ini... InsyaAllah 2015 nanti kakak akan berkovo sekali lagi untuk Master.. Semoga kita semua dapat berkumpul sekali lagi dan lagi buat konvo Phd.. InsyaAllah... Aamiin..